Thursday 24 August 2023

Kalendar Kuda 2024, Cuti Raya, Cuti Umum, Cuti Sekolah semuanya ado!

Kalendar Kuda 2024 Januari

Sebut saja Kalendar Kuda pasti ramai yang mengetahuinya, apakan tidak, kelandar popular ini memberi banyak maklumat yang orang ramai mahukan, cuti raya, cuti sekolah, cuti umum sebut saja selalunya pasti ada.

Kalendar Kuda atau nama lebih tepatnya Kalendar Lumba Kuda merupakan salah satu jenis kalendar gantung yang laris digunakan khas untuk menandakan tarikh-tarikh perlumbaan kuda di Malaysia dan Singapura.

Merupakan kalendar bulanan bagi setiap muka surat terdiri daripada jadual tarikh-tarikh satu bulan yang disusun secara menegak, berjudulkan nama-nama bulan dalam takwim-takwim Masihi, Hijrah, Cina dan Hindu. Setiap petak hari biasa diisi dengan hari bulan Masihi di tengah diikuti tarikh-tarikh Cina, Hijrah dan Masihi di sudut-sudut.

Petak Ahad dan Sabtu selalunya diisi dengan gambar kuda lumba dengan tempat berlangsungnya lumba kuda kerana perlumbaan kuda lazimnya diadakan pada hari-hari hujung minggu dan dihadiri untuk tujuan berjudi. Petak cuti umum juga dihiasi dengan gambar-gambar berkenaan, contohnya bendera negeri untuk hari keputeraan raja negeri.

Di bahagian bawah kalendar kuda terdapat baris zodiak Cina yang menyatakan gambar haiwan, tahun-tahun dan umur setiap bintang zodiak. Bintang khinzir tidak disiarkan atas kebimbangan penerbit akan menyinggung perasaan penganut agama Islam.

Terdapat juga jenis "kalendar Islamik" yang reka bentuknya berasaskan kalendar kuda, tetapi gugurnya elemen lumba kuda dan zodiak Cina serta hanya menyatakan tarikh Masihi dan Hijrah.

Kalendar Kuda 2024 Februari










Kredit calendarmalaysia.com

EmoticonEmoticon