Thursday 30 May 2024

Konten baru ETS2 dan ATS yang akan datang sepanjang 2024

Sepanjang tahun 2024 ini SCS akan menambah kandungan dalam ETS2 dan ATS.

Antara konten baru yang akan dimasukan adalah:

1. Electric Renault E-Tech T
Sudah diperkenalkan semalam tapi buat masa ini tidak boleh dibeli, walaupun begitu dah ada mod trak ini di steam workshop yang boleh kita subscribe. Kalau tidak, trak ini hanya ada di Quick Jobs sebab belum banyak tempat stesen charging. SCS ni pun buat la dulu stesen.. buat satu pastu copy paste je semua hehe.


2. Performance Optimization
Mungkin SCS sedia maklum ramai yang respon versi 1.50 yang baru ni mengganggu performance. Jadi mereka akan meningkatkan Performance Optimization di versi 1.51 nanti, dijangka dalam bulan September ini. Aii lama lagi tu, patut cepat-cepat kasi settle udapte baru.

3. Volvo FH baru
Menjadi trak yang ke-23 di ETS2, dijangka pada pertengahan atau lewat 2024 dalam Jun hingga Disember.


4. Kemas kini Volvo FH sedia ada
Ada juga rework / kemas kini untuk model sedia ada Volvo FH16 2012 untuk tambah kualiti dan customization. 

5. Mack Pinnacle 
Ada trak baru untuk ATS dijangka update pada Jun hingga September ini.


6. Update Kenworth T680 NG
Trak ATS lagi, macam biasa update customization untuk cabin, chassis, paint jobs interiors dan lain-lain.


7. DLC Map Greece
Ini map DLC yang ke-9 untuk ETS2. Map meliputi tanah besar dan pulau-pulau sekitar Greece. Dijangka ada pada lewat 2024, September hingga Disember.

8. DLC Map Arkansas
Ni pula map ke-14 ATS, tengok gais banyakkan dlc map America dari Euro. Jangka keluar pada lewat 2024 juga.

9. DLC Trailer Kögel
Trailer baru lagi. Merupakan DLC trailer yang ke berapa siapa tahu? ke-6 ETS2, keluar mungkin Jun hingga September ini.

10. Kenderaan AI
Tambahan kenderaan AI yang pelbagai jenis lagi. Dikemas kini sepanjang 2024 hingga seterusnya.

11. World of Truck Events
Events untuk meraikan DLC map baru, Greece dan Arkansas serta perayaan mereka seperti Halloween dan Chrismas.

Konten yang belum confirm lagi

Ada beberapa konten yang tidak pasti dan mungkin keluar tahun ni atau selepasnya jika diluluskan.

1. Kemas kini bandar di German
Sebelum ini sudah 13 bandar telah dikemas kini sepanjang versi 1.45-1.50 dan baki 9 bandar lagi.

2. Mercedes Actro MP5
Kalau betul jadi ini merupakan trak yang ke-24 ETS2.


3. Kemas kini Trak Mercedes sedia ada
Menambah baik kualiti dan lebih customization pada trak yang ada, Mercedes-Benz New Actros.

Rasanya banyak lagi konten yang akan diperkenalkan oleh SCS di tahun 2024 dan akan datang, sebagai peminat setia game ETS2.. apa lagi ko nak.. kita tunggu je la sama-sama yo!

Peace! ✌️
u happy, i pun gembira


🖊️Peraduan Komen dan Menang🖊️
Anda ada cadangan, pertanyaan atau tips yang ingin dikongsikan, lontarkan maklum balas anda di ruang komen di bawah. Komen yang terbaik akan memenangi hadiah. Mengikut Terma & Syarat.

EmoticonEmoticon