Admin tahu anda dah tak sabar nak bawa lori di landskap memukau utara Scandinavia! Hari ini, untuk komuniti #BestCommunityEver, ada berita yang sangat menarik — tandakan tarikh anda sekarang kerana syarikat pembangun, SCS Software dengan bangganya mempersembahkan tarikh rilis + treler rasmi untuk DLC map terbaru mereka, “Nordic Horizons”.
Info Menarik DLC Nordic Horizons
- DLC map “Nordic Horizons” akan dilancarkan pada 27 November 2025.
- Di dalam DLC ini, anda akan menemui pemandangan menakjubkan seperti fjord yang dalam, gunung-ganang yang tinggi hingga ke Laut Artik, bandar‑bandar yang hidup, jambatan ikonik, terowong bawah air, jalan sempit yang mencabar, kampung pesisiran pantai yang menawan dan pekan kecil yang mengekalkan seni bina klasik Nordik.
- Ini merupakan pengembangan peta terbesar setakat ini untuk Euro Truck Simulator 2 — dengan puluhan bandar & pekan elegan dari Norway, Sweden dan Finland, serta ratusan depot yang bersedia untuk mengisi muatan lori anda dan menghantar trailer ke destinasi baru.
- Jika anda belum lagi, jangan lupa untuk menambahkan DLC ini ke senarai keinginan (Wishlist) di Steam supaya anda akan diberitahu apabila ia dilancarkan.
Video Trailer Rasmi
Bersiaplah untuk 'mengecat' laluan baru, pacu lori anda melintasi utara Eropah dengan pengalaman yang segar, landskap yang belum diterokai dan rintangan baru menanti.
Sumber info blog.scssoft.com
