Wednesday, 31 December 2025

Selamat Tahun Baru 2026 – Keluarga Truckers TCL

Selamat Tahun Baru kepada seluruh ahli TCL (Truckers Community Life).

TCL mula ditubuhkan pada 12 Jun 2020 ketika zaman PKP Covid-19. Kini, tanpa sedar, kita sudah melangkah ke tahun ke-6 penubuhan.

Terima kasih kerana masih setia bersama TCL selama ini. Walaupun sekarang tidak lagi serancak konvoi dulu-dulu yang penuh dengan lori berbaris di jalan raya maya, semangat itu masih kekal.

Sebagai peminat truck tegar, kita masih bermain bersama jika berkelapangan, berkumpul di Discord, berkongsi minat, cerita kehidupan, masalah, dan juga bahan membahan sebagai sahabat. Walaupun ada yang tidak pernah berjumpa secara berdepan, tetap terasa seperti sahabat lama.

Inilah dia semangat sahabat truckers alam maya. Terima kasih sahabat TCL semua.

Laporan Job TCL – Disember 2025

Disember 2025 menjadi bulan penutup yang bermakna untuk TCL. Walaupun ramai yang sibuk dengan kerja, keluarga dan komitmen harian, masih ada ahli yang terus aktif menyumbang job dan kilometer untuk komuniti.

Perlahan tidak mengapa, asalkan konsisten. Itulah kekuatan TCL sejak dari awal penubuhan.

Laporan Job TCL – Disember 2025

Ringkasan Statistik & Anugerah Tahunan TCL 2025

Anugerah KM Tertinggi 2025

  • Alzzare – 401,999 km
  • Muss – 353,737 km
  • Pijo – 252,264 km

Anugerah Most Damages 2025

  • Araw – 13,111%
  • Muss – 6,805%
  • Bard Muffins – 6,329%

Anugerah Revenue Paling Banyak 2025

  • Execute The Client – 13.23 juta
  • Alzzare – 8.02 juta
  • Pijo – 6.48 juta

Anugerah Job Terbanyak 2025

  • Araw – 509 job
  • Muss – 501 job
  • Alzzare – 465 job

Anugerah Berat Job Terbanyak 2025

  • Muss – 13,739 tan
  • Alzzare – 13,263 tan
  • Araw – 9,537 tan
Ringkasan Statistik & Anugerah Tahunan TCL 2025

Penutup

Setiap kilometer yang dipandu, setiap job yang diselesaikan dan setiap perbualan di Discord adalah sebahagian daripada sejarah TCL.

Semoga tahun 2026 membawa lebih banyak masa untuk bermain bersama, lebih gelak tawa dan lebih kenangan manis.

TCL bukan sekadar komuniti, tetapi sebuah keluarga.

Teruskan memandu, teruskan bersahabat.

Post Berkaitan

This Is The Newest Post