Thursday 23 May 2024

Cara set limit Max Player lebih dari 8 di ETS2 Convoy

Salam semua, versi terbaru ETS2 1.50 kali ini banyak mengandungi pelbagai update dan yang paling best adalah limit Max Player yang hanya 8 orang tu sudah boleh di ubah kepada max 128. 

Yeah.. 128 ramai tu, tapi bagi aku jangan la ko pegi letak max 128, agak berapa kawan-kawan yang nak join letak la lebih sikit, contoh 20-30 kira sudah cukup kot, lain la kalau memang nak buat open konvoi jemput banyak VTC kan.

Ok, caranya mudah je.
- Open Console, tekan button keyboard ~, yang macam 'cacing' tu (pastikan config file dah on kan console)
- Taip command ni 'g_max_convoy_size 128'
- Click Convoy di menu utama
- Click Host Convoy
- Drag slide bar Maximum Players tu kepada no yang kita mahu.
- Dah settle tu je, pergi la berkonvoi dengan kawan-kawan hehe
- oh lupa pulak.. kawan yang nak join tu pun kena buat taip command yo




🖊️Peraduan Komen dan Menang🖊️
Anda ada cadangan, pertanyaan atau tips yang ingin dikongsikan, lontarkan maklum balas anda di ruang komen di bawah. Komen yang terbaik akan memenangi hadiah. Mengikut Terma & Syarat.

EmoticonEmoticon