Polis menerima satu laporan berhubung kekecohan selepas perlawanan bola
sepak antara Kuala Lumpur City dengan Johor Darul Takzim (JDT) di luar
perkarangan Stadium Cheras, di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban berkata,
pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi empat minit 42 saat di
Youtube kira-kira 2 petang tadi.
Menurutnya, video berkaitan kekecohan terbabit dimuat naik oleh pemilik
akaun 'Fr7 Reborn'.
"Semakan dilakukan mendapati sekumpulan penyokong yang keluar daripada
Stadium Cheras mula membaling objek dan mercun di luar stadium.
"Berhubung kejadian ini, polis menerima satu laporan polis berkaitan kes
pecah cermin kereta daripada seorang lelaki," katanya dalam kenyataan, hari
ini.
Beliau berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 427 Kanun
Keseksaan berhubung kejadian terbabit.
"Usaha mengesan suspek-suspek yang terbabit dalam kes ini sedang giat
dijalankan.
"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung
kejadian itu," katanya.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu suspek
boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050 / 5051.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian
03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya. - HMetro
EmoticonEmoticon