Monday, 14 April 2025

Cara Off kan Auto Reset Suspension di Euro Truck Simulator 2

Salam geng, uii agak lama juga tak update post tau, tengok last tu hari bulan Disember tahun lepas, ni masuk 4 bulan la. 


Ok kali ni aku nak share tips yang ditanya oleh geng TCL semalam dalam dm discord. Dia tanya kenapa dah turunkan suspension, lepas tak lama jalan dia naik balik. 

Orait meh aku terangkan. Euro Truck Simulator 2 ada code Suspension Auto Reset dalam file config.cfg yang boleh kita edit. Default value dia adalah 1 maksud On, dan kita tukar ke 0 untuk OFF.

Cara Off kan Auto Reset Suspension ETS2

  1. Game ETS2 perlu ditutup dulu.
  2. Buka file config.cfg di dalam folder "My Documents\Euro Truck Simulator 2" mengunakan app Notepad

  3. Di Notepad, click Edit>Find. Cari perkataan 'suspension'. Dan gantikan nilai 1 kepada 0.

  4. Lepas tu save file, dah settle. Masuk game ETS2, test ler.
Sedikit nak tambah tips lain, masa nak bagi turun suspension tu jangan kasi turun habis, Nanti susah nak gerak, kena naik sikit, tekan button up suspension 3-4x. Buat apa nak lowed sangat nak sapu jalan ek hehe.

EmoticonEmoticon