Friday 24 May 2024

Cara Semak Keputusan SPM 2023


Calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 tahun lalu boleh membuat semakkan keputusan masing-masing pada Isnin ini 27 Mei, bermula jam 10 pagi melalui SMS atau secara online.

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui platform media sosial X memaklumkan semakan melalui SMS boleh dibuat dengan menaip SPM NoKP AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

"Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM Tahun 2023. Semakan dalam talian boleh dibuat menerusi laman sesawang myresultspm.moe.gov.my," menurut KPM. 

Bagi mereka yang tiada akses capaian boleh hadir sendiri ke sekolah bagi mendapatkan keputusan. 

KPM sebelum ini memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini dan calon boleh mendapatkan keputusan dari sekolah masing-masing bermula 10 pagi.

Untuk rekod, SPM yang telah berlangsung pada 8 hingga 11 Januari lalu diduduki seramai 395,870 orang calon di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara.


EmoticonEmoticon